Saya Khairil Shahidan Khalid, pelajar tajaan MARA tahun 3 jurusan kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Queens Belfast,United Kingdom. Di sini saya akan menerangkan dengan lebih terperinci kejadian malang yang telah menimpa saya pada malam Isnin, 29 ogos 2010. Pada malam kejadian saya telah diserang oleh seseorang yang tidak dikenali yang telah mengakibatkan kecederaan di kepala saya akibat ditikam oleh objek tajam.
Berikut adalah butir-butir tentang kejadian pada malam itu,
29 Ogos 2010 (10.30 malam)
10.30: Saya berjalan seorang diri daripada rumah kawan saya yang berada tidak jauh dari rumah saya sambil membawa sebuah beg galas dan sebuah beg pakaian yang kosong.
10.40: Setibanya saya dihadapan rumah, saya terlihat seorang lelaki yang sedang berjalan di seberang jalan. Keadaan gelap disekitar kawasan rumah kerana lampu jalan tidak berfungsi pada malam itu mengakibatkan saya tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki tersebut dengan jelas. Lelaki itu menyeberang jalan dan berjalan terhesot- hesot menghampiri saya. Lelaki yang berpakaian sweater dan berseluar track itu seolah olah ingin meminta pertolongan dari saya. Apabila lelaki itu sudah hampir dengan saya, dier menyuruh saya menanggalkan beg galas dan memberikan kepadanya. Saya pasti lelaki ini adalah seorang yang berusia lingkungan 20an dan berwarganegara Northern Ireland jelas terbukti dengan gaya pertuturannya. Saya masih berfikiran positif akan permintaan lelaki itu dan tanpa berfikir panjang, saya memberikan beg itu kepadanya sambil bertanya ada perkara lagi yang boleh dibantu. Tiba- tiba lelaki itu mengarahkan saya supaya memberi dompet dan telefon bimbit kepadanya sambil mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya dan mengacunya kearah saya.
10.41: Tingkah laku lelaki tersebut menyebabkan saya panik dan cuba untuk melarikan diri. Belum sempat saya cuba melangkahkan kaki, lelaki itu menarik baju saya dan menikam kepala saya dengan benda tajam yang diacukan kepada saya sebentar tadi. Saya meraung kesakitan dan menendang lelaki tersebut mengakibatkan lelaki itu tercampak sedikit kebelakang. Saya mengambil kesempatan untuk melarikan diri ke jalan besar dan meninggalkan beg galas dan juga beg pakaian yang saya pegang. Lelaki itu cuba mengejar saya tetapi terpaksa berhenti mengejar kerana saya berlari ke kawasan cerah.
10.42: Sesudah berada agak jauh dari lelaki tersebut, saya cuba untuk mendapatkan pertolongan dengan meminta tolong. Kepala saya terasa amat sakit dan darah mengalir keluar dengan banyak. Saya tidak mampu lagi berjalan dan terbaring di atas kaki lima sehingga dijumpai oleh seorang pelajar perubatan yang kebetulan lalu di kawasan tersebut. Lelaki itu terus memimpin saya ke bawah tempat perhentian bas berdekatan dan bertanya apa yang telah terjadi. Saya memberitahu lelaki tersebut tentang apa yang telah terjadi dan lelaki itu menelefon polis dan ambulans.
10.50: Setelah beberapa minit menunggu, ambulans tiba dan memberikan rawatan kecemasan kepada saya untuk memberhentikan pendarahan yang sedang saya alami.
11.00: Dua orang polis yang bertugas pada malam itu yang diketuai oleh inspektor Stephen Mark telah menyoal siasat atas apa yang telah terjadi. Dia mengambil segala keterangan dari saya berkenaan lelaki yang telah menyerang saya. Sesudah selesai soal siasat, polis tersebut memberikan kad “victim care” kepada saya yang bernombor insiden,1210 bertarikh 29 ogos 2010. Polis tersebut meminta agar saya memberi keterangan lanjut pada keesokkan harinya.
11.10: Ambulans membawa saya ke Belfast City Hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana luka dikepala yang agak serius dan memerlukan rawatan secepat mungkin.
12.00: Sesampainya di hospital, saya diberikan 4 jahitan untuk menutup luka dikepala saya dan suntikan 'tetanus'.
4.00: Dihantar pulang ke kediaman.
tak takut pun...jap jap buh gambar
afraid?
study abroad is not a good thing...u guys can see what happen in Mesir recently. our student involved.ive heard one of them been raped. other people dont care we are innocent or not. they will do anything. bad people is everywhere. no matter where u staying. take care guys
0 comments:
Post a Comment